Tuesday 21 February 2012

Kemajuan Yang Berterusan


Kehidupan student tanpa teknologi memang pelik…cuba bayangkan kalau la segala ade letusan EMP yang mampu melumuhkan segala sistem elektronik dan tenaga elektrik terjadi…ahaks so waktu itu comfirm la kelam kabut….erk cukup sampai disitu…

bermula la cerita kita sebenarnya…. Ok sebenarnya kalau nak dikira ade teknologi atau tak memang tak terjawab cuma yang pasti orang dulu-dulu tak ada teknologi pun boleh hidup…ok itu tipu…sebab orang dulu-dulu dia yang cipta teknologi kita cuma menambah baik je….paling style la orang dulu-dulu cipta kalkulator yang paling simple…nak tau tak namanya, tapi sebelum tu korang mesti familiar dengan benda nie (kalau duduk kat kampung la)….ok tak payah buang masa nak menjawab persoalan yang ada….jeng jeng jeng jawapannya adalah sempoa…tu baru sempoa tak masuk lagi engineering….erk nenek moyang kita tau ke pasal engineering nie…hahahaaaa diorang tau la kalau tak, tak kan la Melaka boleh menang lawan portugis masa 1
st battle dulu…orang dulu-dulu da pakai senjata api macam meriam, pistol tapi tak pasti la kalau mereka dah cipta machine gun….ada bukti yang mengatakan orang melayu da pakai senjata, antara yang boleh dipakai adalah filem sejarah thailand yang memaparkan orang melayu patani mampu menggunakan senjata api...erk tak pernah dengar meriam disebut, memang la sebab diorang panggil meriam dengan nama lela, kalau meriam versi portable nyer diorang
 
Lela Rentaka


panggil sebagai lela rentaka, tapi paling style orang2 lama panggil pistol dengan nama terakol,
Terakol
asal nya nama terakol tu dari perkataan Dragoon, sebab askar berkuda barat(dragoon) menggunakan terakol. ...tu baru kejuruteraan senjata belum masuk civil lagi…kalau pasal civil orang dulu-dulu memang hebat…diorang boleh bina rumah tanpa paku…kalau kita nak buat macam tu memang harapan la….

P/S : s
ebenarnya entry kali nie tak ada pape pun sekadar nak update je…

Tuesday 24 January 2012

Stalker ke???


Aku baru dapat reply dari kawan aku and dia minta aku ulas sikit persoalan yang bermain di minda dia nie…Kalau couple tu kenal melalui hanphone je I mean tak pernah jumpa but he is a stalker means perempuan tu tak kenal pun dia dari luaran(rupa perangai) but the guy knows who is the girl

Berdasarkan persoalan di atas...kalau seseorang itu mahukan deep relationship, atas sebab apa yang dia mahukan relation itu…antara sebab yang munasabah jeng jeng jeng…:
  • ·         Dia dah stalker korang tiap2 hari dari FB member dia…
  • ·         Buaya…erk I mean saja nak buat korang sebagai koleksi terbaru…
  • ·         Tarikan sementara…
  • ·         Korang memang lawa/hensem bagi dia…
  • ·         Ok dia memang ikhlas nak jadikan korang teman hidup dia


Hahaa…agak jarang sebenarnya nak jumpe orang macam nie, tak pernah jumpa dah ajak couple…ok dulu memang aku selalu buat ahaks, tapi tak ada la sampai stalker orang macam nak gila. Sekiranya korang berada dalam keadaan itu apa yang korang lakukan nak terima atau pun tidak…kalau yang jenis terdesak nak couple dia terima je (kes compete ngan kawan sapa lagi hot)….kalau la orang yang stalker kita dan couple dengan kita tu tak macam taste kita nak macam mana pulak…kan dah pening kepala dapat la kaki pukul…arrk ibarat ko hidup tak hidup jek…memang la dia kenal kita luar dalam tapi adakah kita kenal dia macam dia kenal kita, I mean kita kenal ke sapa keluarga dia, adik beradik berapa orang rumah dekat mana(kalau kena tipu senang cari)…senang cerita kalau korang percaya dekat seseorang tu teruskan kalau tak better tarik diri agar tak menyesal di kemudian hari. Tapi jangan disebabkan nak compete sapa lagi hot maruah tergadai…ahaks...tapi kalau dia benar2 ikhlas dengan korang apa salahnya cuba dulu dan korang sendiri boleh tau sama ada diorang ikhlas atau tak...

P/S : aku sebenarnya tak ada idea sangat nak ulas benda macam nie…

Monday 23 January 2012

Pengalaman & masalah



Hari ini memang banyak masalah tapi semua tu terjadi atas kehendak-Nya. Ahaks…tapi adakah korang perasan yang semua itu berlaku untuk mengajar diri kita….”erk tak perasan la bro” mungkin kita tak perasan tapi hakikatnya itulah. Hmm kadang2 masalah merupakan jawapan kepada persoalan kita. Antara contoh masalah yang biasa kita hadapi…”erk apa contohnya” ok…kalau nak tau, mungkin antara kita menpunyai masalah seperti ditikam dari belakang oleh kawan sendiri…kalau kawan yang kita tak berapa rapat masih ok…tapi sampai tahap kawan baik yang kita anggap BFF peh memang menyakitkan…




Ini contoh sahaja...

Sebagai contoh si A mempunyai awek terbaik.…dan si A memang baik dengan GF si B tapi disebabkan sikap si B, GF si B pun melarikan menjauhkan diri…dan seterusnya si B mengatakan si A punca…”bro apa kena mengena dengan persoalan kita sekarang ni,” ok kaitan antaranya adalah sebab dendam dan salah sangka si B merampas awek si A…tapi si B tak bertepuk sebelah tangan, haish dengan miangnya sukarela awek si A pun terima….ok itu memang sakit.

Erk jangan jadi seperti ini


Agak2 apa yang si A buat….kalau si A masih macam budak sekolah yang tak akil baligh lagi mesti dia membuat perhitungan secara kuno(gaduh la pe lagi)….tapi mungkin semua ini dapat diselesaikan dengan cara baik… + awek tu mungkin tak sesuai dengan A…ok cukup la dengan situasi di atas tapi kita semua tahu dari pengalaman kita belajar tentang kehidupan…sebab itu kita pernah mendengar orang tua lama berkata “aku da makan garam dulu” so apa maksud simbolik dari garam…ok garam sebenarnya simbolik kepada masakan contohnya kalau masakan itu kurang garam jadi tawar bukan so kita masih boleh telan lagi…cuba bayangkan masakan itu terlebih garam…erk agak2 korang boleh telan lagi tak???


Dari situ korang boleh faham yang sebenarnya mereka nak elakkan kita dari melakukan kesilapan sama….”erk bro asal macam lari topik nie.” Sorry2 sebenarnya aku pun tak ada bahan tapi point yang aku nak sampaikan jangan lupe segala pengalaman korang sebab, kadang2 pengalaman la mengajar kita untuk lebih berhati2 dalam menjalani kehidupan di dunia ini….


P/S : erk kadang2 aku jadi kaunselor kepada member2 aku…

Tuesday 10 January 2012

Couple perlukah.....???

Couple...siapa yang tak pernah dengar perkataan ini. "Bro tipu la kalau budak zaman sekarang tak pernah dengar benda nie." Ok tapi pernah tak korang nampak negative side couple dan lepas putus. Berikut merupakan dialog yang tidak bermutu antara 2 orang sahabat...cukup la dipanggil A & Y


A :Wey aku dengaq ang kene dump betoi ka...


Y :Erk...maybe la...awat ang nak bagi hat ang kat aku ka???


A : ang nk mampuih buat la cmtu...tak dak arr aku nak tanya camna ang ley kene dump nih...???


Y : ang jangan tanya boley tak....ang bukan x tau aku syg dia cm nk gila...last2 jadi camnie huhuuuu....


A : hahahaaaaaa.......padan muka ang sapa suruh syg macam orang gila...


Y : erk.....


A : k perasaan anda bila kena dumped (past tense tau bukan present tense)...???? aku betui2 nk tau....


Y : erk....pedih babe.....


Erk jangan jadi camnie da la


Ok ..aku tak nak sebut dosa pahala dalam entry ini sebab kita semua dah boleh fikir tapi dialog seterusnyer tak payah nak predict mungkin ramai dah boleh agak ...tp sebenarnya masa sekarang nie bukan untuk kita cari pasangan lagi melainkan kita da stable dari segi kewangan dan juga kehidupan...
tapi mesti ade sape2 cakap cmnie "Bro kalau tunggu stable memang tak dapat la..." Ok...tapi bukan semua orang serius nak couple kan...so kalau kita nak ukur tahap keseriusan kita bila bercouple memang susah...So bagi aku jalan yang sesuai adalah dengan cukup duit nanti baru cari orang yang sesuai...erk macam orang bodoh kan, sebenarnya bukan tak ada orang yang pernah buat macam nie contoh terdekat adalah kawan aku sendiri...aku memang salute la dekat dia sebab dari sekolah sampai sekarang tak pernah couple, nak pandang gurlz, aweks2 memang tak la...kadang2 tu kalau ada urusan melibatkan gurlz. memang berpeluh2 dia...so sekarang nie aku nk try method yang dia pakai...erk bukan sampai susah nak cakap tapi cukup la dengan tak couple...

P/S : sekarang nie bila lepak NZ wangsa maju...kadang2 tengok jugak sekeliling...nampak la 2 3 pasang merpati duk bergat=yut antara satu sama lain...peh agak sakit mata